Say something


ShoutMix chat widget

Thursday, February 10, 2011

Kebakaran di Rantau Panjang,Kelantan

Assalamualaikum w.b.t


MasyAllah, terkejut dengan khabar berita kebakaran di rantau panjang. Saya baru mendapat maklumat dari rakan saya yang melawat tempat kejadian yang kejadian tersebut meragut 1 nyawa.Moga-moga mangsa kebakaran mendapat bantuan secepat mungkin.Siapa yang ingin kejadian sebegini terjadi.Utk keterangan lanjut mengenai kejadian,mari kita lihat ulusan dari member saya yang merangkap photographer di tempat kejadian..ehehehe

Credit to Suheilfazrisuhaimi @ Sufina Photography

RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di Jalan Tepi Sungai Rantau Panjang, dekat sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5. 15 petang itu menyebabkan mangsa, Norfarahin Su...tamin, 8, rentung kerana dipercayai terperangkap di dalam rumah ketika kejadian.

Kakaknya, Norshahirah, 14, berkata, menerima berita mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 6 petang kerana ketika itu dia berada di sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang.

Menurutnya, ketika kejadian hanya adiknya sahaja yang tinggal dalam rumah kerana nenek dan rakan keluar ke kedai berhampiran.

“Dipercayai adik saya masuk ke dalam rumah ketika rakan nenek sedang meletakkan barangan yang dibeli dan tidak menyedari adik masuk ke dalam rumah.

“Kemungkinan adik cuba untuk keluar dari rumah tetapi tidak dapat kerana dikunci dari luar dan terperangkap di bahagian dapur rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Norshahirah berkata, adiknya itu merupakan anak bongsu dari dua adik beradik dan mereka tinggal bersama nenek dan rakan neneknya di rumah sewa tersebut.

Jiran mangsa Mohd Yusuf Sekh Ibrahim, 62, berkata, ketika kejadian dia baru pulang dari mengambil anak saudaranya dari sekolah dan dimaklumkan oleh adik iparnya Fatimah Hassan, 36, mengenai kebakaran di bahagian belakang rumah mereka.



Menurutnya, ketika itu dia sedang berehat dan selepas diberitahu, dia mengarahkan semua yang berada di dalam rumah untuk keluar menyelamatkan diri.

“Saya cuba untuk masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan beberapa dokumen dan barang yang penting tetapi api semakin marak.

“Saya ada terdengar suara budak menjerit berdekatan dengan rumah tetapi tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta bantuan dari anggota bomba,” katanya.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ariff Yussof berkata, menerima panggilan kira-kira 5.25 petang dan tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian api semakin marak dan anggotanya berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian.

“Seramai 13 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan penyelamat Rantau Panjang dan Pasir Mas dikejarkan ke tempat kejadian dan 10 anggota dari Thailand.

“Kita menemui kanak-kanak yang rentung di bahagian dapur dalam keadaan tertiarap dan tidak ada kemalangan jiwa yang lain,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran di bawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, kejadian tersebut melibatkan lima pintu rumah dan sebuah garaj kereta yang mempunyai lima buah kereta yang diletakkan di tempat kejadian.

Ariff berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian tersebut.

 

Sila lawati blog member saya di http://suheilfazrisuhaimi.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

wibiya widget