Say something


ShoutMix chat widget

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,syukur kepada Allah,saya masih lagi diberi nafas dan nikmat utk hidup di bumi Allah.Syukur sgt2 sebab tahun ini berkesempatan utk menyambut Hari Kebesaran Nabi Muhammmad s.a.w.Sempena hari mulia ini,eloklah kta memperbanyakkan selawat keatasan junjungan besar Rasullullah.Jika kita menghayati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad kepada umatnyer ckup besar sehingga baginda tidak sanggup melihat umatnyer didalam penderitaan.MasyaAllah,begitu sayang Nabi kepada kita.

Sentiasa laa kita berdoa agar kita dapat digolongkan dlm golongan org2 beriman,org yang mengikut sunnah nabi dan juga mengikut ape yang telah diwahyukan kepada nabi,al-quran.Semoga kita terus mengingati Rasulullah dalam kehidupan kita seharian.

Firman Allah S.W.T: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” – Surah al-Taubah (9) : 24.

Firman-Nya lagi: “Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan bagi orang-orang yang beriman berbanding diri mereka sendiri.” – Surah al-Ahzab (33) : 6.

wibiya widget