Say something


ShoutMix chat widget

Saturday, February 12, 2011

Aneesa

Assalamualaikum w.b.t

POst kali nie just nk citer about aneesa.Hurm cmner nk ckp pertalian ktorang ekk..b
apa spupu ngan ank spupu kot..hehee..
Nway,
ape yang aku suka sgt budak nie sb die CUTE..I tell u..adeiihh...Yup,dia skarang masih di Manchester dan dilahirkan di sana,kira nie 1st born child my cousin laa..
Well,2 jer nk ckp sbnarnyer dan xsbar nk tgu dia balik ke malaysia...^^


Bab-bab cute niee nurun mok dio ^^

Thursday, February 10, 2011

Kebakaran di Rantau Panjang,Kelantan

Assalamualaikum w.b.t


MasyAllah, terkejut dengan khabar berita kebakaran di rantau panjang. Saya baru mendapat maklumat dari rakan saya yang melawat tempat kejadian yang kejadian tersebut meragut 1 nyawa.Moga-moga mangsa kebakaran mendapat bantuan secepat mungkin.Siapa yang ingin kejadian sebegini terjadi.Utk keterangan lanjut mengenai kejadian,mari kita lihat ulusan dari member saya yang merangkap photographer di tempat kejadian..ehehehe

Credit to Suheilfazrisuhaimi @ Sufina Photography

RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di Jalan Tepi Sungai Rantau Panjang, dekat sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5. 15 petang itu menyebabkan mangsa, Norfarahin Su...tamin, 8, rentung kerana dipercayai terperangkap di dalam rumah ketika kejadian.

Kakaknya, Norshahirah, 14, berkata, menerima berita mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 6 petang kerana ketika itu dia berada di sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang.

Menurutnya, ketika kejadian hanya adiknya sahaja yang tinggal dalam rumah kerana nenek dan rakan keluar ke kedai berhampiran.

“Dipercayai adik saya masuk ke dalam rumah ketika rakan nenek sedang meletakkan barangan yang dibeli dan tidak menyedari adik masuk ke dalam rumah.

“Kemungkinan adik cuba untuk keluar dari rumah tetapi tidak dapat kerana dikunci dari luar dan terperangkap di bahagian dapur rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Norshahirah berkata, adiknya itu merupakan anak bongsu dari dua adik beradik dan mereka tinggal bersama nenek dan rakan neneknya di rumah sewa tersebut.

Jiran mangsa Mohd Yusuf Sekh Ibrahim, 62, berkata, ketika kejadian dia baru pulang dari mengambil anak saudaranya dari sekolah dan dimaklumkan oleh adik iparnya Fatimah Hassan, 36, mengenai kebakaran di bahagian belakang rumah mereka.



Menurutnya, ketika itu dia sedang berehat dan selepas diberitahu, dia mengarahkan semua yang berada di dalam rumah untuk keluar menyelamatkan diri.

“Saya cuba untuk masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan beberapa dokumen dan barang yang penting tetapi api semakin marak.

“Saya ada terdengar suara budak menjerit berdekatan dengan rumah tetapi tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta bantuan dari anggota bomba,” katanya.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ariff Yussof berkata, menerima panggilan kira-kira 5.25 petang dan tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian api semakin marak dan anggotanya berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian.

“Seramai 13 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan penyelamat Rantau Panjang dan Pasir Mas dikejarkan ke tempat kejadian dan 10 anggota dari Thailand.

“Kita menemui kanak-kanak yang rentung di bahagian dapur dalam keadaan tertiarap dan tidak ada kemalangan jiwa yang lain,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran di bawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, kejadian tersebut melibatkan lima pintu rumah dan sebuah garaj kereta yang mempunyai lima buah kereta yang diletakkan di tempat kejadian.

Ariff berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian tersebut.

 

Sila lawati blog member saya di http://suheilfazrisuhaimi.wordpress.com/

Friday, February 4, 2011

Manusia sentiasa berubah

Assalamualaikum w.b.t

Jika direnungkan,sememangnyer manusia sentiasa berubah.Dalam kehidupan seharian, perubahan berlaku pabila seseorang berhijrah dari satu tempat kat tempat yang laen.Begitu juga hati,perasaan dan tingkah laku manusia,sentiasa berubah-berubah kearah kebaikan ataupun keburukan seiring dengan peredaran masa.

Sama juga dengan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.Saban hari tanpa kita sedar atau tidak,iman kita meningkat dan menurun berdasarkan apa yang kita lakukan.Oleh yang demikian, kita disarankan sentiasa berdoa supaya dikekalkan ketakwaan dan dipertingkatkan keimanan kita kepadaNya.Mungkin kita rasakan perbuatan atau tingkah laku kita itu kena dengan caranya walhal tidak mengikut kehendak Allah.

Moga-moga kehidupan yang diberikan kepada kita dapat dimanfaatkan sepenuhnye.Hidup ini sementara dan mungkin esok kita dijemput olehNYA.


Tuesday, January 11, 2011

Berubah kearah lebih baik

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahman nil rahim...

Alhamdullilah,syukur kerana di beri hanyat utk menambah ilmu dan amal  baik duniawi dan akhiratwi.
Sebentar td,saya berkesempatan utk meluangkan masa di surau mendengar ceramah agama yang membincangkan tentang kitab berkaitan dengan pengajaran-pengajaran indah.

Banyak pengajaran yang dapat diambil dan memuhasabahkan diri saya sendiri.Bila difikirkan semula betapa banyaknyer nikmat Allah yang diberi tetapi adakah benar-benar saya bersyukur kepadanya?Jika tidak peluang utk bernafas di bumi ini,sudah pasti saya tidak berkesempatan untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu.

Antara sebahagian daripada isi kandungan yang dibincangkan adalah:

"Jika manusia berpegang teguh pada 2 perkara yakni
 1.Al-quran
 2.Sunnah Rasullullah
nescaya selamatlah seseorang dunia dan akhirat

 1."Barang siapa tidak redha/setuju dengan hukum Allah"
 2."Tidak mensyukuri nikmat Allah"
 3."Tidak sabar dengan bala dan dugaan yang Allah berikan"

Maka keluarlah dari bumi,langit kepunyaNya kerana kemurkaan Allah amatlah keras

MasyAllah,bila terdengar sedemikian,terasa jantung tidak berdetik seketika memikirkan bagaimana jika kita tergolong dalam 3 golongan sedemikian?Adakah amalan2 kita masih diterima setelah dimurkai Allah?

Jika masih ada kesempatan,perbaiki lah akhlak.Sememangnye manusia sering kali melakukan kesilapan.Justeru, cubalah untuk memperbaiki iman,akhlak dan amal kita.Istigfar moga-moga dosa-dosa lalu diampun Allah dan berusaha untuk mencari keredhaaNya...InsyAllah


"Ya Allah,aku amat bersyukur kerana kau hadirkan sesuatu yang baru kepada ku..kekalkan ia dalam kehidupan ku..amin"

wibiya widget