Say something


ShoutMix chat widget

Tuesday, January 11, 2011

Berubah kearah lebih baik

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahman nil rahim...

Alhamdullilah,syukur kerana di beri hanyat utk menambah ilmu dan amal  baik duniawi dan akhiratwi.
Sebentar td,saya berkesempatan utk meluangkan masa di surau mendengar ceramah agama yang membincangkan tentang kitab berkaitan dengan pengajaran-pengajaran indah.

Banyak pengajaran yang dapat diambil dan memuhasabahkan diri saya sendiri.Bila difikirkan semula betapa banyaknyer nikmat Allah yang diberi tetapi adakah benar-benar saya bersyukur kepadanya?Jika tidak peluang utk bernafas di bumi ini,sudah pasti saya tidak berkesempatan untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu.

Antara sebahagian daripada isi kandungan yang dibincangkan adalah:

"Jika manusia berpegang teguh pada 2 perkara yakni
 1.Al-quran
 2.Sunnah Rasullullah
nescaya selamatlah seseorang dunia dan akhirat

 1."Barang siapa tidak redha/setuju dengan hukum Allah"
 2."Tidak mensyukuri nikmat Allah"
 3."Tidak sabar dengan bala dan dugaan yang Allah berikan"

Maka keluarlah dari bumi,langit kepunyaNya kerana kemurkaan Allah amatlah keras

MasyAllah,bila terdengar sedemikian,terasa jantung tidak berdetik seketika memikirkan bagaimana jika kita tergolong dalam 3 golongan sedemikian?Adakah amalan2 kita masih diterima setelah dimurkai Allah?

Jika masih ada kesempatan,perbaiki lah akhlak.Sememangnye manusia sering kali melakukan kesilapan.Justeru, cubalah untuk memperbaiki iman,akhlak dan amal kita.Istigfar moga-moga dosa-dosa lalu diampun Allah dan berusaha untuk mencari keredhaaNya...InsyAllah


"Ya Allah,aku amat bersyukur kerana kau hadirkan sesuatu yang baru kepada ku..kekalkan ia dalam kehidupan ku..amin"

3 comments:

  1. semoga mendapat redha Allah...
    good post..:)

    ReplyDelete
  2. semoga sentiasa yakin yg Allah adalah sebaik2 pengurus hidup kita..

    ReplyDelete
  3. InsyAllah..niat dengan ikhlas mencari keredhaan Allah...

    Tq kk ngoh...I always keep it in mind plus always admire ur words and advices..^^

    ReplyDelete

wibiya widget