Say something


ShoutMix chat widget

Friday, January 7, 2011

In memory...

Assalamualaikum w.b.t

Masih lagi kesedihan.Perasaan sedih,gembira,takut...itu semua adalah nikmat kurnia dari Allah.Hari ini juga saya kehilangan seorang sahabat yang periang dan sentiasa cuba untuk mengembirakan hati rakan2.
Rakan saya hari ini selamat dikebumikan dan semua berjalan dengan lancar.
Walau bagaimanapun,tetap redha di atas pemergian Allahyarham.Moga2 roh beliau disemadikan bersama-sama
orang-orang soleh dan beriman.

Kali terakhir bertemu dengan beliau di lapangan terbang sultan ismail,destinasi yang sama ke KL tetapi berlainan pesawat.Sempat berborak2 dengan beliau dan masih  tidak brubah dengan personaliti beliau yang periang.
Beliau terkejut mendapat berita yang saya berada dalam keadaan koma.
Kata2 terakhir beliau kepada saya.
"Luckily,syafiq dapat second chance utk hidup kembali,byk2 dekat2 diri dengan tuhan dan ubah hok xmolek kepada hok molek."
Kata2 ini laa membuat saya berlinangan air mata takala menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.Syukur saya sempat lagi melihat jenazah tetapi perasaan sedih tetap hadir jua.

Walau apa pn,saya berdoa agar roh Allahyarham bersemadi dengan tenang bersama org2 beriman.amin...

P/s:Pemergianmu tetap dalam ingatanku duhai sahabatku T_T

Saturday, January 1, 2011

2011 here I come

Assalamualaikum w.b.t

HUh 12.00a.m???

!!HAppy NEw YEar EveryOne !!

Sekarang sudah melangkah ke 2011.Segala kenangan di tahun 2010 tetap menjadi ingatan.
Jika hendak diceritakan memang laa byk yang pahit tapi disamping itu jugak banyak kenangan manis.

Semoga tahun 2011 memberi sinar baru dalaman kehidupan ini
Iman dan amal harus dipertingkatkan hanya utk mencari redha Allah

Hidup ini sementara dan akhirat kekal selamanya..amin




Gambar tiada kaitan dengan entry...^^

Saturday, December 18, 2010

Majlis Pertunangan Adlina & Alfi


Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi saya di jemput ke majlis pertunangan kawan saya Adlina dan juga pasangan beliau Alfi.Syukur kerana majlis berjalan dengan sempurna dengan cuaca yang tenang.Alhamdullilah kedua2 selamat bertunang.Doa saya moga mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan...InsyAllah..

Beberape keping gambar sempat saya "capture" untuk kenang-kenangan



Semoga berbahagia mereka berdua sentiasa







Wasalam

Monday, December 6, 2010

Dugaan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah, syukur sgt atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah,dapt lagi saya bernafas sehingga kini.Kadang bila fikir-fikir balik,byk nikmat Allah berikan tp sedikit sahaja kita bersyukur kerana kadang kala nikmat yang diberikan itu sgt halus sehingga kita tidak menyedari kehadirannyer.Walau apapun,bersyukur laa dengan ape yang telah Allah tetapkan kepada kita..


Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan dugaan.Dugaan slalu ada tidak kira waktu dan ketika.Kadang2 kita merasakan dugaan itu amat berat untuk kita tanggung walhal Allah tidak akan membebani hambaNya dengan dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya.Tapi sebenarnya dugaan itu juga menguatkan diri dan juga mendekatkan diri kepadaNya.Dugaan juga sbnarnye utk motivasi diri supaya menjadi insan lebih baik dan jugak mematang kta.Tanpa dugaan,kita mungkin berada dalam keadaan yang sama tanpa tiada kesungguhan utk berubah ke arah lebih baik.

Oleh itu,jangan menganggap dugaan itu satu beban atau satu penyeksaan tp anggaplah diri satu anugerah yang hanya diberikan oleh Allah kepada insan2 terpilih.Syukur kerana Allah memberikan dugaan kerana Dia sememangnyer menyanyangi hambaNya..tapi bila difikirkan...adakah kita menyanyangi Allah??Fikir-fikir laa....









Walaupun apa pn tanggapan , ku hadapi dengan penuh sabar dan redha

wibiya widget